Garis Panduan Pengurusan Aktiviti Pelajar
 /  Garis Panduan Pengurusan Aktiviti Pelajar

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENDAHULUAN DIRI AKTIVITI PELAJAR

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENDAHULUAN AKTIVITI PELAJAR

  1. Permohonan pendahuluan diri hendaklah dibuat oleh Pengarah atau Bendahari projek (pelajar).
  2. Jumlah maksimum pendahuluan yang boleh dimohon ialah RM2,000 sahaja bagi setiap kali permohonan
  3. Permohonan hendaklah sampai ke Pejabat Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah sekurang-kurangnya Empat belas hari (14) hari bekerja sebelum tarikh aktiviti dilaksanakan. Permohonan yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pendahuluan yang diperolehi hendaklah digunakan hanya untuk tujuan/pembelian barang-barang/perkhidmatan seperti yang disenaraikan semasa memohon pendahuluan sahaja.
  5. Wang pendahuluan adalah digunakan bagi pembelian barang/perkhidmatan yang belum dibeli dan bukan untuk membayar balik perbelanjaan yang telah didahulukan oleh seseorang pelajar.
  6. Pendahuluan diri diberi untuk tujuan perkara-perkara yang tidak boleh diuruskan melalui Borang Pesanan. Contoh : bayaran tol, minyak dan sebagainya.
  7. Pendahuluan diri tidak akan diluluskan bagi pembelian/perolehan barang atau perkhidmatan yang boleh diuruskan dengan menggunakan Borang Pesanan (PO). Contoh : untuk pembayaran baju atau barangan yang boleh dipesan melalui kontraktor.
  8. Pelajar perlu mengemaskini maklumat Bank terkini di dalam MY UM untuk memastikan wang dimasukan kedalam akaun bank personal yang aktif.

TATACARA PENGURUSAN PENDAHULUAN DIRI

  1. Borang pendahuluan diri (Lampiran 1) yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen sokongan iaitu:
  2. Surat kelulusan untuk mengadakan aktiviti/projek/seminar dari Naib Canselor/TNC (A&A)/TNC (HEP&A)/Ketua PTJ
  3. Surat kelulusan perjalanan keluar negara dari kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (jika berkaitan)
  • Penyata Angaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi aktiviti/projek.
  1. Pendahuluan Diri yang diambil oleh pelajar direkodkan dalam Penyata Akaun Pelajar. Jumlah tersebut dianggap terhutang oleh pelajar sehinggalah Laporan Perbelanjaan lengkap seperti dinyatakan di perkara no.3.
  2. Pelajar hendaklah mengemukakan Laporan Perbelanjaan (Lampiran 2) dan resit-resit asal, perakuan penerimaan bayaran, dokumen-dokumen lain yang berkaitan kepada Pejabat Kolej Kediaman Ketiga untuk dihantar kepada Jabatan Bendahari (Bahagian Pengurusan Pembayaran & Perbelanjaan) dalam tempoh 10 hari selepas aktiviti dijalankan.
  3. Baki wang pendahuluan diri (jika ada) hendaklah dibuat bayaran balik bersama dokumen yang dinyatakan di perkara no.3. Pihak Kolej Ketiga akan mengemukakan resit untuk baki wang tersebut.
  4. Pelajar perlu melekatkan resit-resit ke atas kertas A4 dan membuat salinan resit dan dokumen-dokumen sebelum dihantar ke Pejabat Kolej Ketiga.
  5. Sekiranya Jabatan Bendahari tidak menerima maklumbalas dari pelajar mengenai Laporan Perbelanjaan pendahuluan diri bagi aktiviti/projek yang telah selesai dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan, selaras dengan keputusan Pengurusan Universiti tindakan berikut akan diambil terhadap pelajar:
  6. Dihalang menduduki peperiksaan pada semester berkenaan
  7. Dihalang mendaftar pengajian bagi semester berikutnya
  • Bagi pelajar tahap akhir yang akan bergraduat perkara berikut akan ditahan:
  • Keputusan semester akhir
  • Transkrip
  • Skrol ijazah
  • Menghadiri Majlis Konvokesyen
  1. TARIKH KUATKUASA PEKELILING

Garis panduan ini adalah berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaya.

Tarikh : 21 Oktober 2009

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TUNTUTAN WANG AKTIVITI PELAJAR

  1. Tuntutan wang aktiviti pelajar selalunya dituntut daripada pelajar yang mengunakan wang sendiri untuk menjalankan sesebuah projek, dan kemudian membuat tuntutan perbelanjaan yang telah digunakannya.
  2. Setelah projek selesai pelajar perlu mengemukakan laporan perbelanjaan.
  3. Pelajar perlu melekatkan resit-resit di dalam kertas A4 mingikut turutan laporan perbelanjaan.
  4. Pelajar perlu melampirkan surat kelulusan untuk mengadakan aktiviti/projek/seminar dari Naib Canselor/TNC(A&A)/TNC (HEP&)/Ketua PTJ

 

Archives

Visitor Counter

  • 10,270 hits