Mutiara Kata
 /  Mutiara Kata

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kami mengucapkan selamat datang ke jendela informasi warga Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Sekalung penghargaan kepada gerakan inisiatif yang kreatif oleh seluruh tenaga pengurusan dan pentadbiran kolej yang bersama-sama berganding bahu dengan perkumpulan Pemudahcara Mahasiswa 2017 dalam persiapan menyambut Minggu Haluansiswa di kolej Tuanku Kurshiah sesi 2017/2018 yang akan bermula pada 3 September 2017 ini.

Mendepani kehidupan di kolej merupakan pentas menyemai ilmu jaringan manusiawi yang penuh dengan kepelbagaian dalam membina kesatuan. Perkongsian merupakan budaya yang senantiasa berupaya mencipta sejarah kejayaan yang terukir dari inspirasi oleh setiap warga Kurshiah.

Manusia tanpa inspirasi itu bagai pohon tanpa akar, jelas pohon tanpa akar akan mati. Begitu pula bagi manusia tanpa inspirasi, manusia tanpa inspirasi akan merasa kehidupan semakin sukar setiap harinya.

Namun berbeza halnya dengan pohon yang memiliki akar, maka pohon itu akan selalu tumbuh, berbunga, berbuah dan menjulang tinggi ke langit.

Begitu juga manusia, jika manusia memiliki inspirasi maka ruang kehidupan akan selalu berkembang, terdorong untuk mengejar dan mendapatkan kejayaan yang berakar keilmuan.

Nikmatilah paparan kandungan laman web rasmi kolej Tuanku Kurshiah ini sebagai persembahan yang menyemat sejarah kehidupan antara warga mahasiswa/i, staf pentadbiran dan pengurusan yang berganding bahu mencipta inspirasi kecemerlangan.

 

Dr. Mohd Effindi Bin Samsuddin
Pengetua

Archives

Visitor Counter

  • 5,522 hits